What Happen During Silat Cekak Hanafi just now
Friday, 1 November 2013 posted at 06:49 ♥ 0 onigiri

Assalamualaikum. Entry kali ni dah tak sedih sedih dah. Haha. Alhamdulillah aku dah stabil. haha. Macam kena pi pakar saikoloji taik blalalalala pulak ken? haha. Waras lagi nih. Tapi kepala aku sedikit tidak waras selepas kejadian "sakit" yang menimpa aku pada pukul 6.15 petang tadi pada tarikh 1/11/13. Hari ni lah. haha.

Begini ceritanya.. Aku pi silat cekak petang tadi kat sekolah. Nak bagi settle mana mana buah yang aku tak belajar lagi. Oleh sebab aku stop mengejut beberapa bulan lepas sebab nk fokus PMR, abang Bazli suruh start 'buah jatuh' dari mula balik (orang belajar silat paham lah menatang apa aku duk merapu ni). Aku tak ingat aku stop kat buah mana, so brader tu suruh aku belajo dari mula balik. Well, terima dengan hati terbuka. So, bermulalah pengajian silat tersebut... Yang lawaknyer, aku seorang ja Form3 yang stay silat lagi. Semua pencen dah, hehe, jangan marah aku ngate korang kat sini. Aku pun berkawan lah dengan junior form1 and form2. Kamceng jugak, maklumlah senior yang bertauladan :))).

Aku tak terer lagi buah yang lama lama. So, aku mintak la tolong seorang junior ni. Ada satu ada satu buah tu kena rebah badan. Nama pun 'buah jatuh'. Aku tak standby time tu. Maka, budak junior itu pun telah mengenakan buah tersebut ke atas diriku... Aku terkejut daaaan, aku terjatuh terlentang, kepala aku terhantuk kat simen bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad. 'chit chit chit' nampak burung berterbangan atas kepala aku. Mak aiiii, agak agak lah budak ni, aku tak standby lagi kut... pening sudahhh. Bayangkan kepala terhantuk kat simen. Nasib baik tak kena Amnesia lol. Gelap sebentar sekitar aku ni, pitam agaknya. Then, budak budak tu renjis air kat muka aku yang 'flawless' ni. Sedar sedar daripada pitam 2 minit aku ni, bukak je mata terpampang muka abang Bazli. Kus semangat. "adik okay tak?" mana nak okaynya, kepala aku terhantuk simen abang oi. "em, okay la kut, pening sikit". So, aku duduk kat tepi gelanggang je lah, tengok depa berlatih. Hak alahh, alah, jadilah. dapat tengok.

Malam ni aku nak tidur awal sebab kepala aku pening lagi. Haha. Lagipon esok pagi kena pi Bukit Minyak. Untuk Silat Cekak jugak. Ada Pengijazahan Potong. Means, kami berjaya ke peringkat sterusnya lah. Yang lawak, aku tak habis buah lagi pun, plus tak cekap lagi. Alah, ambik je lah. Lepas pengijazahan tu aku bagi la terer.. pa susah :) Esok ada upacara mandi beramai ramai. Hello, bukan mandi b**** nahh. Pakai kain batik ler. Haha. Tak sabar untuk upacara esok. Setakat ni sahaja. May Allah ease everything. Aku berserah dan bertawakal pada-Mu. Amin.

Silat Cekak Ustaz Hanafi